Ketua jurulatih Real Madrid, Santiago Solari, memuji keterampilan Vinicius Junior sambil berkata penyerang remaja itu telah melakukan langkah besar di kelab itu.
Vinicius, 18, menjaringkan gol ketiganya musim ini ketika membantu Madrid menewaskan Leganes 3-0 dalam aksi pertama pusingan 16, Copa del Rey, awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Brazil berkenaan menyertai gergasi Eropah itu Julai tahun lalu dan telah mula mencuri tumpuan walaupun hanya memperoleh satu penampilan utama LaLiga.
Solari lega dengan peningkatan pemain muda itu bersama Madrid -- yang meraih kemenangan pertama mereka tahun ini dengan menundukkan Leganes.
"Ia persembahan yang hebat.
"Vinicius telah melakukan langkah yang besar.
"Dia sentiasa memaparkan bakat yang hebat dan untuk berkembang di Bernabeu dengan dikelilingi barisan pemain hebat meningkatkan lagi tahap keyakinan, kejituan dan kegembiraannya ketika mendapat bola.
"Dia hanya berusia 18 tahun dan berdasarkan umur seperti itu, amat penting untuk memastikannya terus berkembang.
"Kami amat gembira dengan tahap prestasi yang dipamerkannya.
"Dia sentiasa membuatkan kami teruja.
"Dia tegap dan memiliki kemahiran individu yang amat penting dalam bola sepak moden.
"Kami berharap dia akan terus berkembang menjadi pemain yang hebat," katanya.
Madrid kini bergelut di tangga kelima LaLiga dan mereka akan berkunjung ke Real Betis hujung minggu ini.