Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Vardy hadiahkan Leicester kemenangan sulung tahun ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vardy.jpg
BURNLEY 0 LEICESTER 2


Jamie Vardy kini mengumpul 94 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak berumur 30 tahun.


Vardy, yang telah diketepikan kerana kecederaan hamstring sejak kemenangan Leicester City ke atas Liverpool pada 28 Disember lalu, kembali ke dalam skuad itu ketika bertandang ke Turf Moor, awal pagi tadi. 

Pemain berusia 35 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua dan selepas membantu gol pembukaan James Maddison, dia melengkapkan kemenangan 2-0 itu -- kemenangan liga pertama Leicester pada tahun ini -- apabila menanduk masuk bola hantaran lintang Harvey Barnes.

Dia kini telah melepasi jumlah 93 gol EPL yang dijaringkan Ian Wright selepas mencapai usia 30 tahun dan buat pertama kalinya dalam kancah utama menyaksikan kedua-dua penggempur itu turut menemui sentuhan penyudah dan mencipta bantuan jaringan sejurus dimasukkan sebagai pemain gantian.





"Dia begitu licik," kata Brendan Rodgers, seperti yang dilaporkan oleh BBC Sport Leicester. 

"Kami merindui pengetahuan permainan dan ideanya tentang perlawanan sepanjang ketiadaannya.

"Pergerakannya seperti elektrik, lariannya memacu rakan sepasukan."

Sejak penampilan sulungnya dalam EPL pada Ogos 2014, Vardy telah terlibat secara langsung dalam 168 gol dengan menjaringkan 128 gol dan 40 bantuan jaringan. 

Pencapaiannya ketika ini hanya diungguli oleh rakan sepasukannya di kem England, Harry Kane, yang menyaksikan bintang Tottenham itu menyumbangkan 207 gol. 

Advertisement

Must Watch Video