Ruud van Nistelrooy membantu skuad Legenda Manchester United melakar kemenangan agregat 5-3 ke atas Barcelona selepas mencatat keputusan seri 2-2 di Old Trafford, malam tadi.
Perlawanan yang dibarisi pemain ternama dengan segala keuntungan akan disalurkan kepada badan amal, menyaksikan Van Nistelrooy, Ediwn van der Sar, Dwight Yorke dan Louis Saha antara nama besar yang beraksi untuk United.
Barcelona pula dibarisi Edgar Davids, Eric Abidal, Edmilson, Gaizka Mendieta dan Patrick Kluivert.
Van Nistelrooy menghadirkan keterujaan apabila menyempurnakan sepakan penalti sebelum Danny Webber turut menyumbang gol buat United dalam babak pertama sebelum Barcelona mengikat kedudukan menerusi Luis Garcia dan Mendieta.
Bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson, adalah antara penonton yang hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan.
United, yang dikendalikan bekas pemain, Andy Cole, sebagai pengganti kepada Bryan Robson, melakar kemenangan 3-1 di Camp Nou dalam aksi pertama, Jun lalu.