Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk hampir pulih sepenuhnya, sertai kem pramusim Liverpool

van-dijk.jpg
Virgil van Dijk semakin hampir untuk melakukan penampilan semula daripada kecederaan lutut serius selepas disenaraikan dalam skuad Liverpool bagi kem pramusim di Austria.

Van Dijk terlepas hampir keseluruhan musim 2020-21 selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika menentang Everton pada Oktober lalu dan tidak pernah beraksi sehingga hari ini.

Di samping itu, dia turut terlepas saingan Euro 2020 bersama Belanda, di mana pasukan Oranje itu disingkirkan Republik Czech dalam pusingan 16.

Tetapi dia kelihatan akan kembali memperkuatkan barisan pertahanan Liverpool bagi kempen 2021-22 apabila pemain berusia 30 tahun itu akan memulakan kempen pramusim di Tyrol, berdekatan Salzburg minggu depan.

Turut berada dalam senarai itu adalah pemain yang baru ditandatangani daripada RB Leipzig, Ibrahima Konate, selain Joe Gomez, yang turut terlepas kebanyakan musim 2020-21 gara-gara kecederaan.

Advertisement

Must Watch Video