Skip to main content

Bola Sepak

Valverde tolak bicara soal Real Madrid

ernesto-valverde-cropped_1gt3i7vc67v511u9bg0tx9q803.jpg
Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, tidak menganggap seteru utama, Real Madrid, kini dalam masalah besar ekoran prestasi buruk yang dilaluinya ketika ini.

Juara bertahan itu gagal memenangi tiga aksi terakhir LaLiga di laman sendiri, diikat seri oleh Levante dan Valencia sebelum tewas 0-1 di tangan Real Betis.

Barca pula terus berada di puncak liga, dibezakan tujuh mata dengan skuad Los Blancos hasil daripada mata maksimum daripada lima perlawanan.

Bagaimanapun, Valverde menamakan aksi Piala Super Sepanyol yang menyaksikan anak buahnya tewas 1-5 menerusi agregat di tangan Madrid sebagai contoh bagaimana setiap perkara boleh berubah dalam bola sepak.

"Sebulan lalu, kami ditimpa masalah besar.

"Terdapat beberapa pasukan yang tidak mempunyai mata. Mereka akan berfikir bahawa mereka dalam krisis.

"Saya tidak tahu apa kriteria yang dipertimbangkan dalam meletakkan sesebuah pasukan berada dalam krisis. Apa yang saya hiraukan adalah Barcelona," kata Valverde.

"Sukar untuk saya memberi tindak balas tentang Real Madrid. Saya tidak menjangkakannya (aksi Madrid) dan juga tidak mahu fikirkannya. Saya berada di satu bahagian yang lain."

Kunci kepada aksi cemerlang Barca adalah Lionel Messi, termasuk prestasi hebatnya menjaringkan empat gol ketika membenam cabaran Eibar 6-1 pada awal minggu ini dan Valverde tidak bercadang untuk merehatkan bintang Argentina itu.

"Saya jarang merehatkan seorang pemain yang menjaringkan empat gol dan ia tidak akan berlaku.

"Anda telah saksikan apa yang dilakukan oleh Messi. Ternyata ia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh individu lain," tegasnya.

Advertisement

Must Watch Video