Skip to main content

Bola Sepak

Valverde terpukau dengan persembahan Messi

13917lionelmessi.jpg
BARCELONA 3 JUVENTUS 0

Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh Lionel Messi selepas menyaksikan bintang itu menjadi inspirasi kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL).


Valverde, yang menggantikan Luis Enrique bagi mengisi kekosongan kerusi panas di Nou Camp musim ini selepas mengemudi Espanyol, Villarreal, Valencia dan Athletic Bilbao, berdepan gergasi Catalan itu lebih daripada sedekad lalu.

Messi mempamerkan aksi cemerlang dan berada pada tahap terbaik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D dengan menjaringkan dua gol sebelum melakukan umpanan untuk Ivan Rakitic meledakkan gol.

Kemenangan ini menyusuli persembahan mantap Barcelona ketika menewaskan Espanyol 5-0 dalam saingan LaLiga hujung minggu lalu dan Valverde berpuas hati dengan rentetan kemenangan yang diraih pasukannya.

"Dengan Messi, anda dapat berasakan sesuatu yang baik akan sentiasa memihak kepada kami," katanya.

"Saya mengalami masa yang sukar ketika berdepan Messi sebelum ini tetapi kini saya boleh menikmatinya. Dia seorang pemain yang berpengaruh untuk pasukan.

"Jaringan pertamanya sebelum tamat babak pertama mengubah segala-galanya. Perlawanan hampir ditamatkan dan kami menghadapi kesukaran yang dipamerkan oleh pasukan lawan.

"Tiada siapa yang dapat melihat peluang itu kecuali Messi, dia memiliki kelebihan yang tiada tandingan.

"Dia salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab ini. Dia juga seorang yang memahami taktikal permainan."

Menewaskan pasukan yang menyingkirkan Barcelona dalam suku akhir adalah sesuatu yang diingini oleh Valverde.

"Masih terdapat banyak perkara yang harus dilakukan tetapi ini merupakan kemenangan yang sangat penting. Ia sangat penting untuk memenangi perlawanan ini bagi menambat semula hati penyokong pasukan kami."

Advertisement

Must Watch Video