Denis Suarez percaya kritikan yang dilontarkan terhadap Barcelona adalah satu kesilapan selepas mereka meneruskan aksi mantap dalam LaLiga dengan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Getafe, awal pagi tadi.
Aksi babak pertama menyaksikan Barcelona kehilangan khidmat Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan sebelum ketinggalan hasil jaringan Gaku Shibasaki.
Begitupun, dua pemain gantian, Suarez dan Paulinho, masing-masing menyumbang gol dalam babak kedua untuk memastikan skuad kendalian Ernesto Valverde itu kekal menerajui carta liga.
Ramai yang menjangkakan Barca akan terkesan dengan penjualan Neymar, namun Suarez berasakan tanggapan itu tidak tepat.
"Meskipun pada satu ketika kami dilihat tiada harapan, kami kembali mempamerkan reaksi sewajarnya," Suarez bercakap kepada media selepas meledak gol pertamanya sejak Januari lalu.
"Ini adalah permulaan baik kami dalam LaLiga. Kami memiliki skuad yang mantap meskipun ada yang mempersoalkan peluang kami di awal musim.
"Kami sebagai pemain memerlukan suntikan keyakinan dan itulah yang dilakukan jurulatih."
Permulaan baik musim ini bermakna mereka kini berada tujuh mata di hadapan musuh tradisi, Real Madrid, yang bakal berkunjung ke Sociedad.
Sementara itu, Suarez mengakui keadaan padang tidak memihak mereka.
"Sebelum perlawanan bermula, kami sedar padang di Getafe kelihatan kering," kata pemain tengah itu.