BOLA SEPAK

UNL: Portugal tidak gentar -- Cristiano Ronaldo

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
23/03/2025
07:18 MYT
Sponsor Banner
UNL: Portugal tidak gentar -- Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo melihat tiada keperluan untuk pemain Portugal berasa gementar untuk bangkit ketika bertemu Denmark dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi esok.
Portugal tumbang 0-1 dalam pertemuan suku akhir pertama mereka, Jumaat lalu.
Rasmus Hojlund menjaringkan gol pada minit ke-78 di Copenhagen, di mana Christian Eriksen gagal melunaskan sepakan penalti dalam separuh masa pertama.
Portugal hanya mampu melancarkan dua percubaan tepat ke sasaran dan di sebalik mengakui timbul ketegangan, Ronaldo tidak fikir kegelisahan itu sepatutnya berlaku.
"Selalu wujud karakter dalam pasukan kebangsaan. Aspek teknikal adalah sudah tentu tetapi tidak kurang juga dengan perkara lain. Itulah bola sepak, anda tidak boleh sentiasa beraksi dengan baik," kata kapten Portugal itu.
"Suasana juga tidak menggembirakan. Saya pernah mengharungi 50,000 perlawanan yang buruk, begitu juga dengan pasukan. Pemain kami, yang sudah biasa bermain di pentas besar juga pernah memperagakan aksi yang buruk. Itu sebahagian daripada sukan ini.
"Tiada keperluan untuk berasa gugup. Masa lalu adalah masa lalu. Saya tahu ramai yang mahu kami kalah, banyb jika segelintir yang berada di sana yang bersatu dan memberi sokongan padu, saya pasti kami mampu meraih keputusan yang hebat.
"Keadaan agak tegang. Saya tidak berselindung. Kami berada dalam tempoh yang tegang kerana kami memerlukan menang, tetapi itulah perkara yang indah tentang bola sepak.
"Saya menyeru peminat agar di belakang kami. Biarkan mereka memberi kami kekuatan kerana kami akan cuba melakukan yang terbaik.
"Saya pernah tewas dalam perlawanan dalam 90 minit, namun tidak pernah tewas dalam pertemuan pertama. Ada perlawanan seperti itu, ada hari buruk. Saya tidak bermain dengan baik langsung pada hari lain begitu juga pasukan, tetapi ia adalah sebahagian daripada kehidupan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video