BOLA SEPAK
UNL: Kebangkitan Portugal berbaloi, Cristiano Ronaldo balas 'Siuuu' Hojlund
PORTUGAL 5 (5) DENMARK 2 (3)
Meskipun tewas 0-1 dalam perlawanan pertama, juara Euro 2016, Portugal, membalas dengan lima jaringan untuk menghentikan kemaraan Denmark dalam aksi suku akhir timbal balik kedua Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi tadi.
Stadium Jose Alvalade menjadi saksi kebangkitan pasukan di ranking keenam dunia itu menempah tiket ke separuh akhir pertandingan berprestij itu.
Iklan
Selecao hampir diaibkan selepas jaringan Christian Eriksen pada minit ke-76 meletakkan Denmark mendahului dengan agregat 3-2 tetapi kemasukan Francisco Trincao menjadi wira skuad kendalian Roberto Martinez selepas menyamakan kedudukan agregat untuk ke masa tambahan.
— Portugal (@selecaoportugal) March 23, 2025
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Goncalo Ramos, melenyapkan harapan Denmark apabila gol pada minit ke-115 memusnahkan hasrat pasukan pelawat untuk ke peringkat seterusnya.
Bekas pemain Manchester United, turut berada dalam senarai penjaring, walaupun penalti pada minit awal permainan diselamatkan Kasper Schmeichel.
⏹️ 120+3' TERMINA A PARTIDA! ⏰Mas que vitória nos Quartos de Final da Liga das Nações! ❤️🔥 #FazHistória | #PORDEN #NationsLeague pic.twitter.com/YC3RqyQ3Pv— Portugal (@selecaoportugal) March 23, 2025
Namun, semangat tidak berputus asa itu wajar diberi pujian, sekali gus membuatkan Rasmus Hojlund terpaku melihat 'Siuuu' yang sebenar berkumandang di bumi keramat Portugal.
Selepas ini, Portugal akan bertemu Jerman yang menewaskan Itali dalam aksi separuh akhir UNL yang akan berlangsung Jun depan.
Must-Watch Video