BOLA SEPAK
UNL: Itali tak keruan tewas agregat 4-5 kepada Jerman
JERMAN 3 (5) ITALI 2 (4)
Jerman akan bertemu Portugal bagi penentuan ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selepas bernasib baik mengatasi Itali menerusi kemenangan agregat, awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Julian Nagelsmann itu berjaya memiliki kelebihan dua jaringan sewaktu menewaskan Itali dalam aksi suku akhir pertama di San Siro, minggu lalu.
Iklan
Kecemerlangan itu diteruskan oleh juara Piala Dunia 2014 itu dengan menjaringkan tiga gol pada minit ke-30, 36 dan 45 untuk keputusan semasa 2-0 yang membawa kepada agregat 5-1.
Memasuki separuh masa kedua, Itali mengatur serangan bertali arus dan mencuba mencuri peluang untuk merapatkan jurang.
It's a spot in the Nations League semi-finals!!! 🔥🇩🇪A 3-3 draw and a 5-4 aggregate advantage propels us into the final four! 👏 #DFB #GermanFootball #GERITA📸 Imago pic.twitter.com/GJImEJrJfE— German Football (@DFB_Team_EN) March 23, 2025
Usaha tersebut dilihat berjaya apabila Moise Kean mula merobek gawang Oliver Baumann dengan dua gol sebelum Giacomo Raspadori menempah jaringan ketiga pada minit akhir permainan untuk kedudukan 3-3.
Namun, segalanya sudah terlambat buat anak buah Luciano Spalletti tatkala Jerman tetap mempunyai kelebihan agregat untuk menghantar pasukannya tersingkir daripada edisi kali ini.
Must-Watch Video