Itali diundi bersama England dan Jerman dalam saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2022-23.
Azzurri menewaskan England dalam final Euro 2020 di Wembley pada Julai lalu dan kedua-dua pasukan itu akan kembali bertembung dalam saingan Kumpulan A3 UNL musim depan.
Mereka juga perlu menghadapi Jerman dan Hungary di tempat lawan dan di laman sendiri pada Jun dan September 2022.
Juara bertahan, Perancis, diundi dalam Kumpulan A1 bersama Croatia, Denmark dan Austria.
Pemenang Piala Dunia itu dinobatkan sebagai juara selepas bangkit menewaskan Sepanyol 2-1 dalam aksi final di San Siro pada Oktober lalu.
Sepanyol pula diundi dalam Pasukan A2 dan akan menghadapi Portugal, Republik Czech dan Switzerland dalam kejohanan edisi ketiga berkenaan.
Belgium, yang melepaskan kelebihan dua gol sebelum tewas kepada Perancis dalam separuh akhir dua bulan lalu, akan bersaing dengan Belanda, Poland dan Wales dalam Kumpulan A4.

? 2022/23 Nations League draw ✅
— UEFA Nations League (@EURO2024) December 16, 2021
Most exciting group is ____ ?#NationsLeague pic.twitter.com/BT5F3scKPM