Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Croatia ambil peluang ketiadaan Ronaldo, Bruno Fernandes untuk ikat Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

croatia.jpg
Finalis Piala Dunia 2018, Croatia, berjaya mara ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selepas mengikat Portugal 1-1 di Split, awal pagi tadi.

Pertahanan Manchester City, Josko Gvardiol, menjadi wira Croatia apabila jaringannya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 selepas Joao Felix meletakkan Portugal di depan di separuh masa pertama.

 

Gol tersebut memastikan Croatia berjaya mendapatkan kelebihan satu mata untuk berada di atas Scotland meskipun skuad kendalian Steve Clarke itu meraih kemenangan penting.

Ketiadaan bintang utama iaitu Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Bernardo Silva, Portugal serba tempang berdepan Croatia, namun kredibiliti yang dimiliki Joao Felix mengetuai serangan tidak boleh disangkal.

 

Advertisement

Must Watch Video