Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Apa lagi yang boleh saya katakan tentang Cristiano Ronaldo, kata jurulatih Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
PORTUGAL 4 SWITZERLAND 0 

Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan tentang Cristiano Ronaldo selepas peranan utamanya dalam kemenangan Liga Negara-Negara (UNL) ke atas Switzerland, awal pagi tadi. 


Penyerang veteran itu -- yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan pembukaan menentang Sepanyol, Jumaat lalu --  melakar dua jaringan ketika mengetuai mereka menang bergaya 4-0 di Lisbon.

Keputusan itu menyaksikan Portugal terus kebal dalam kempen berkenaan, seterusnya menggariskan betapa peranan pentingnya kelibat ketua pasukan mereka tersebut untuk mereka merintis kejayaan.

Bercakap selepas perlawanan itu, Santos -- yang bersama-sama Ronaldo menghadiahkan kejayaan Euro 2016 enam tahun lalu -- mengakui dia sudah kehabisan kata-kata untuk menggambarkan salah seorang tokoh terhebat dalam sukan berkenaan. 

"Saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya katakan," katanya. 

“Saya akan ulangi bahawa dia adalah pemain terbaik di dunia.





"Apa lagi yang boleh saya katakan? Saya rasa semuanya sudah diluahkan."

"Saya seorang jurulatih yang gembira apabila menang selain corak permainan yang ditampilkan selepas kami menerapkannya dalam latihan," tambahnya kepada SportTV. 

"Selepas beberapa minit pertama, kami pantas merampas semula bola dan mengawal tempoh permainan. Kami berpeluang mencetak satu atau dua jaringan lagi dalam separuh masa pertama.

"Rentak kami menurun dalam separuh masa kedua dan pemain bukannya mesin. Kami dapat menyumbat satu gol lagi.

"Switzerland mengundang beberapa masalah tetapi kami sentiasa dapat mencari penyelesaian yang tepat. Ia menambahkan lagi pujian terhadap Portugal."

Advertisement

Must Watch Video