Sean Dyche memuji Ole Gunnar Solskjaer kerana mengembalikan kehangatan di Old Tradfford dan membenarkan Manchester United bermain dengan bebas.
United sebelumnya melewati kempen tidak menentu di bawah kendalian Jose Mourinho, yang dipecat bulan lalu.
The Red Devils kini memenangi lapan perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan sejak Solskjaer mengambil alih selaku pengurus sementara.
Burnley merupakan lawan United yang seterusnya dan pengendali The Clarets, Dyche, gusar untuk bertemu dengan pasukan yang kembali segar itu awal pagi nanti sambil meluahkan perasaan kagum terhadap impak yang dibawa Solskjaer ke dalam pasukan itu.
"Daripada pemerhatian saya sebagai orang luar, dia kelihatan memberikan kelonggaran buat pemain untuk beraksi dengan lebih bebas," kata Dyche menjelang pertemuan di Old Trafford itu.
"Pemain mereka kini kelihatan lebih bertenaga. Ia kemahiran yang datang secara sendiri.
"Mungkin juga itu yang dilakukannya selama ini -- dia telah memberikan suasana berbeza melalui pendekatannya yang tersendiri.
"Bagaimanapun, saya berasakan mereka telah memberikan respons yang baik menerusi aksi yang lebih baik.
"Mereka kelihatan lebih bernyala -- bukan disebabkan perubahan taktikal yang drastik tetapi disebabkan semangat membara sesama mereka.
"Saya tidak mempersoalkan pendekatan Mourinho, dia sememangnya pengurus luar biasa yang berada di tahap tertinggi.
"Solskjaer hanya menukar suasana dalam pasukan.
"Dia menyertai pasukan itu dan pemain mula memberikan respons yang baik," katanya.
Burnley kini kekurangan pilihan di bahagian pertahanan menjelang pertemuan awal pagi nanti, namun masa depan penyerang mereka, Sam Vokes, menjadi topik perbincangan hangat menjelang penutup jendela perpindahan bulan ini.
Vokes kini dikaitkan dengan perpindahan ke Stoke City dan Dyche memperjelaskan mengenai situasi penyerang kebangsaan Wales itu dengan berkata: "Tiada siapa tahu. Saya mengharapkan untuk dia kekal di sini, namun kami adalah perniagaan dan bukan hanya kelab bola sepak semata-mata. Kedua-duanya perlu seimbang.
"Kami telah melaluinya sebelum ini dengan pasukan lain berminat untuk mendapatkan pemain kami.
"Ia tidak mengejutkan saya apabila mereka berminat untuk mendapatkan pemain kami.
"Ia lumrah di sini.
"Kami berminat dengan pemain dari luar dan mereka pula berminat dengan pemain kami. Ia sebahagian daripada pemasaran," jelasnya.