Pasukan juara 33 kali itu tersingkir awal selepas tumbang 1-2 kepada Tok Gajah di laman sendiri gara-gara dibolosi dua jaringan sepakan penalti.
Tiga campur tangan video bantuan pengadil (VAR) langsung tidak memihak Selangor dalam perlawanan itu bermula dengan keputusan memberikan sepakan penalti yang disempurnakan Manuel Hidalgo buat Tok Gajah pada minit ke-25.
VAR terus tidak memihak Gergasi Merah apabila jaringan penyamaan Ali Olwan dibatalkan gara-gara dikesan berada di kedudukan ofsaid dan kemuncaknya, sistem itu mendapati Quentin Cheng menghalang larian Hidalgo untuk Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan pelawat menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-84, tidak lama selepas Safuwan Baharudin menjaringkan gol penyamaan tuan rumah.
Biarpun keputusan VAR mengundang kontroversi, Katsuhito memiliki pandangan tersendiri.
"Kami kalah dan kami tersingkir, itulah realitinya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, selepas perlawanan itu.
"Jadi kami perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini dan perlu fokus kepada perlawanan berikutnya. Hanya itulah yang boleh kami lakukan."
Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengakui pasukannya perlu menerima realiti kekalahan dan terkandas dalam saingan Piala Malaysia, usah menuding jari dan terus fokus pada perlawanan seterusnya.#UnifiPialaMalaysia #SELSRP pic.twitter.com/hTByQts9bv
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 1, 2024