Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Semangat berpasukan Sri Pahang mampu sekat Sabah -- Adam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-nor-azlin.jpg
Pertahanan tengah kental Sri Pahang, Adam Nor Azlin, ingin menjadikan kekalahan 2-3 di laman sendiri kepada Sabah dalam saingan Liga Super Ogos lalu sebagai pengajaran besar.

Baginya, perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Temerloh ahad ini pasti berbeza, lebih-lebih lagi dalam saingan Unifi Piala Malaysia apa sahaja boleh berlaku.

"Jika ingin menjadi pasukan yang baik, kami semestinya perlu berubah. 





"Tahap di antara perlawanan liga dan perebutan piala adalah berbeza, semua orang pasti ternanti-nantikan perlawanan ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Adam menaruh harapan besar demi menundukkan Sabah pada Ahad ini, apatah lagi dengan situasi Sri Pahang yang ketika ini masih lagi gagal melakar sebarang kemenangan pada tahun ini. 

"Dua keputusan seri dalam perlawanan terakhir menuntut kesemua barisan pemain untuk memberikan aksi terbaik," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video