PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: Penantian 11 tahun berakhir, Sri Pahang kembali ke pentas final
Sri Pahang mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2014 apabila menewaskan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Temerloh, sebentar tadi.
Keputusan aksi pertama separuh akhir antara Sri Pahang dan Sabah berkesudahan 1-1, dan kembali ke gelanggang dalam usaha memburu slot ke final.
Sabah, yang dalam misi menamatkan kemarau 22 tahun, manakala Sri Pahang pula mahu memastikan penantian 11 tahun mereka berakhir apabila kali terakhir bergelar juara pada 2014 dengan menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Iklan
Kedua-dua pasukan kelihatan gugup pada permulaan permainan, bermula dengan Damien Lim yang hampir menjadi punca Sabah dibolosi seawal minit ke-14.
Berselang dua minit kemudian, Darren Lok diberi peluang terhidang namun turut gagal menemui sasaran.
Tiada jaringan terhasil dalam separuh masa pertama, Sri Pahang terus berusaha mendapatkan gol dan akhirnya memperoleh gol menerusi gol sendiri yang disumbat Park Tae-soo pada minit ke-71.
Kelebihan tuan rumah tidak bersifat lama apabila S. Kumaahran berjaya mendapatkan gol penyamaan buat Sabah.
Dengan tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan, kedua-dua pasukan meneruskan permainan dalam masa tambahan dan gerakan cemerlang Kpah Sherman memastikan Tok Gajah kembali ke pentas final.
Must-Watch Video