Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Negeri Sembilan lakar kebangkitan, bawa cabaran ke suku akhir

ns-pdrm-2024.jpg
Negeri Sembilan melakar kebangkitan untuk membawa cabaran Unifi Piala Malaysia ke peringkat suku akhir menerusi kemenangan 3-0 dalam aksi kedua pusingan 16 bertemu PDRM sebentar tadi.

Gol sendiri pada minit kelapan Eizrul Asraf membenarkan Negeri Sembilan mendahului permainan, sekaligus menjadikan kedudukan terikat 2-2 secara agregat.



Bersambung dalam separuh masa kedua, Hadin Azman membenarkan skuad Jang menggandakan kelebihan pada minit ke-53 sekaligus menjadikan kedudukan 3-2 secara agregat.

Kelebihan tersebut membenarkan mereka mengawal rentak permainan sekaligus membuatkan PDRM kian terdesak mencari gol.

Negeri Sembilan kian selesa apabila berjaya mendapatkan gol ketiga dalam perlawanan ini, A.Selvan berjaya menemui jaring pada minit ke-80 sekaligus menjadikan perlawanan sudah semakin pasti memihak skuad Jang.

 

Advertisement

Must Watch Video