Jurulatih Kuala Lumpur (KL) Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail, enggan cemas untuk menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun anak buahnya terpaksa 'bekerja dari rumah'.
Barisan pemain kelab Liga A1 Semi-Pro itu hanya akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk menghadapi perlawanan timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia pada hari perlawanan, esok
"Selepas pusingan pertama, minggu lalu, kami sudah melalui perlawanan persahabatan dan mengadakan dua sesi latihan.
"Nampak gayanya pemain saya terpaksa melakukan persiapan di rumah.
"Atas masalah teknikal di Kuala Lumpur, mereka tidak dapat bergerak ke Johor Bahru dan kami terpaksa batalkan sesi latihan hari ini," katanya wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.
Wan Mustaffa juga berdepan kehilangan beberapa tonggak utama yang mungkin tidak turun atas faktor isu gaji yang melanda kelab itu.
"Memang saya terdengar ada pemain mula menyerah kalah. Saya tidak mahu menyalahi sesiapa pun kerana pemain ini telah melakukan yang terbaik.
"Benda ini perlu diselesaikan kedua-dua belah pihak, bukan pemain sahaja, ia juga (membabitkan) pengurusan.
"Penyokong sudah sepakat bahawa masalah ini perlu diselesaikan dengan segera.
"Saya begitu positif. Saya ada sediakan beberapa pemain lain.
"Walaupun tahap permainan jauh berbeza tetapi mereka hadir dan kami cuba berikan yang terbaik esok.