Skip to main content

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Kemenangan ini untuk anda, 'i love you Pahang' -- Kpah Sherman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpajh.jpg
Penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman, menjadikan kejayaan memacu skuad Tok Gajah ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 merupakan buah tangan buat penyokong kelab itu.

Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan gol penting buat Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) untuk mengikat Sabah 1-1, sekali gus mara ke final dengan agregat 3-2.

Kemenangan itu menamatkan penantian 11 tahun Sri Pahang yang kempunan ke pentas akhir selepas kali terakhir adalah pada 2014.

 



"Dua tahun lalu, semua penyokong mahu ke Bukit Jalil. Dan kini anda semua akan ke Bukit Jalill. Ini adalah untuk anda Pahang, saya sayangkan Pahang." katanya

Begitupun, Sri Pahang akan kehilangan khidmat pemain kelahiran Liberia itu dalam di final nanti susulan dia sudah menerima kad kuning kedua dalam pentas separuh akhir semalam, dengan dia turut sudah mengumpul kad kuning ketika aksi suku akhir berdepan Selangor sebelum ini. 

Laporan lanjut di Nadi Arena jam 7.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video