PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: JDT makin hampiri gelaran hatrik
Johor Darul Ta'zim (JDT) memastikan mereka melangkah ke final Unifi Piala Malaysia susulan mengatasi Terengganu 6-1 secara agregat dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Kemenangan 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin meletakkan JDT dalam kedudukan cukup selesa untuk memastikan tiket ke final Piala Malaysia menjadi milik mereka.
Dan kelebihan itu digunakan sebagai momentum mengatur langkah beraksi di laman sendiri, apabila mereka bergaya membuka jaringan menerusi Heberty pada minit ke-32.
Iklan
Bersambung dalam separuh masa kedua, Terengganu berjaya mengikat jaringan pada minit ke-58, Ismaheel Akinade melepaskan rembatan voli melepasi benteng akhir JDT.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Heberty sekali lagi mempamerkan sentuhan berbisa apabila melepaskan percubaan jarak jauh yang berjaya menembusi gawang untuk membenarkan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan rentak kemenangan.
Slot ke final sah menjadi milik JDT, dengan Sabah atau Sri Pahang menanti mereka di final dalam usaha untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.
Must-Watch Video