Skip to main content

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Jaring lebih banyak gol jadi misi Selangor -- Katsuhito Kinoshi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-kinoshi.jpg
Selangor dalam buruan untuk melangkah ke suku akhir Unifi Piala Malaysia apabila bakal berentap dengan Sri Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari ini.

Dalam pertembungan yang berlangsung di Stadium Temerloh tempohari, Selangor terikat 1-1 dengan Sri Pahang sebelum mereka beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang berkesudahan tewas 1-2 di tangan Muangthong United.

Mengambil iktibar daripada perlawanan sebelum ini, Ketua Jurulatih, Katsuhito Kinoshi menyatakan bahawa pasukan telah membuat persiapan yang sewajarnya serta optimis yakin para pemain akan memberikan persembahan yang lebih baik berbanding perlawanan lalu.

“Bagi saya, perkara paling penting untuk perlawanan malam ini ialah menjaringkan lebih banyak gol, dan saya bertanggungjawab untuk menjayakannya.

"Kami (kakitangan kejurulatihan) telah bekerja keras dalam latihan pemulihan selepas perlawanan ACL2 baru-baru ini dan memastikan pemain bersedia daripada segi mental," kata Kinoshi.
   

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

warning-logo Tiada jadual tersedia pada masa kini

Must Watch Video