Skip to main content

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Hadi Fayyadh percaya kemampuan PDRM ketepikan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hadifayyadh.jpg
Meskipun mendahului dengan agregat 2-1, PDRM tidak mahu terlalu selesa menjelang perlawanan timbal balik bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

Kemasukan penyerang kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak, menyumbang gol kemenangan The Cops selepas menampilkan impak luar biasa selepas diturunkan di separuh masa kedua, minggu lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa dia mahu mengambil peluang terhadap kepercayaan yang diberikan selain menanam impian untuk menambah jaringan sebanyak mungkin.




"Tiada jaminan walaupun kami selangkah ke peringkat seterusnya kerana masih mempunyai 90 minit aksi kedua.

"Saya berharap dapat membantu pasukan mendapatkan kemenangan. Setiap pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan saya percaya PDRM mampu melakukan sesuatu esok," katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video