PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: Engku Shakir tampung kehilangan tonggak utama Terengganu
Meskipun ketinggalan 0-4 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan pertama separuh akhir Unifi Piala Malaysia, Terengganu masih enggan menyerah kalah menjelang debaran timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), petang esok.
Dan bakal menggalas tanggungjawab di posisi milik Safawi Rasid, Engku Muhammad Nur Shakir mengakui kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bahawa dia semakin selesa selaku pemain tengah menyerang selepas melalui dua perlawanan sebagai tonggak kesebelasan utama.
"Kami sudah menjalani persiapan selama 2-3 hari ini. Mungkin formasi untuk lawan JDT ini jurulatih akan turunkan barisan terbaik.
Iklan
"Walaupun ketinggalan dengan empat gol, kami perlu berikan tentangan sengit," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Hakikatnya bertemu dengan kelab terbaik negara, JDT, pastinya mencabar kemampuan Engku Shakir bersama pasukan, apatah lagi enam pemain utama skuad Peteh tiada dalam rencana atas pelbagai faktor.
Namun, anak jati kelab Pantai Timur itu menyasarkan satu jaringan di SSI.
Sedar ia bukan mudah, namun dia berasakan perlu ada pencapaian untuk aksi kali ketiga berturut turut bertemu skuad kendalian Hector Bidoglio itu.
"JDT mempunyai pemain handalan yang serasi dengan bola. Kami sepasukan perlu saling membantu untuk berikan saingan sengit.
"Kami perlu awasi Juan Muniz dengan ketat kerana dia mampu membuat larian membuka ruang selain keupayaannya tendangannya," katanya.
Must-Watch Video