Kehangatan suasana menjelang final Unifi Piala Malaysia 2024/2025 kian dirasai selepas penjualan tiket menunjukkan perkembangan positif menjelang sepak mula pada Sabtu ini.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, penjualan tiket sudah mencecah 60 peratus dan badan pengelola Liga Malaysia itu percaya ianya mampu capai hingga 80 peratus menuju hari perlawanan.
Untuk final perlawanan edisi ke-98 musim ini, MFL telah memperuntukkan sebanyak 33, 000 keping tiket buat kedua-dua kelab, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang.
"Ada gerakan positif daripada kedua-dua penyokong.
"Mungkin rentetan hebahan yang dibuat, sudah tentu bantuan daripada Astro yang menyediakan artis kelas A dan penyampai radio untuk memeriahkan final Piala Malaysia.
"MFL dnegan inisitiaf baru membuat cabutan bertu, tiga motosikal, tiga buah motosikal skuter, dua buah stelefon pintar, dua buah IPhone dan dua buah Insta 360 Camera.
"Pemenang akan hadir daripada pembeli tiket atas talian.
"Jadi saya menyeru kepada penyokong untuk terus mendapatkan tiket yang dijual hingga hari perlawanan," katanya.