Skip to main content

Bola Sepak

Ultimate Liga Super Fantasy: MKANWAR terus gah di puncak!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fantasy.jpg
Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang Team of The Week MKANWAR selepas saingan selama 18 minggu Ultimate Liga Super Fantasy. 

Pilihan Paulo Josue bergandingan dengan Bergson di bahagian serangan sekali lagi membuahkan hasil, dan dengan kehadiran Arif Aiman serta Stuart Wilkin memberi MKANWAR jumlah 168 mata secara keseluruhan.

Ini bermakna hanya 85 mata kini memisahkan dirinya dengan Irwan di tempat kedua, manakala di tempat ketiga, Ahmad Mazri teguh mengekalkan kedudukannya dengan 1585 mata dengan baki empat minggu lagi liga berlangsung.

Empat minggu lagi untuk mencuba nasib dalam Ultimate Liga Super Fantasy yang menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara. Tunggu apa lagi? 

 

Advertisement

Must Watch Video