Berdasarkan rekod jaringan konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia, UiTM FC akhirnya memilih bekas pemainnya, Dao Bakary, selaku penyerang import terakhir untuk digandingkan bersama Lucas Pugh.
Tahun ini merupakan musim kelima buat pemain kelahiran Ivory Coast ini beraksi di pentas Liga Perdana.
Mewakili UiTM FC pada 2015, dia juga pernah beraksi bersama Perlis, Kuantan FA dan PDRM musim lalu.
Teruja dengan peluang saat-saat akhir yang diberikan UiTM FC, dia berharap mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang, Akanni Sunday Wasiu.
"Musim lalu, UiTM telah beraksi baik dalam saingan Piala Malaysia. Saya berterima kasih kepada UiTM kerana mendapatkan khidmat saya. Saya akan berusaha untuk membantu pasukan layak ke Liga Super," kata Bakary.
Ketua jurulatihnya, Wan Mustaffa Wan Ismail, menyifatkan rekod jaringan Bakary yang konsisten dalam empat musim lalu menjadi sandaran mengapa beliau mendapatkan khidmatnya.
"Saya telah membuat penilaian yang rapi sebelum memilih Bakary. Dia telah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Bakary mampu menjaringkan 15 gol dalam setiap musim dan dia adalah pilihan terbaik buat pasukan," jelasnya lagi.