Skip to main content

Bola Sepak

UiTM perlu hargai khidmat Akanni, Dong Hyun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akanni120417_1.jpg
UiTM FC perlu berterima kasih kepada aksi cemerlang dua awang importnya, Do Donghyun dan Akanni Sunday, apabila menjadi pencetus kemenangan 4-0  ketika aksi Liga Perdana menentang Terengganu, Jumaat lalu.

Donghyun dan Akanni membentuk gandingan mantap bersama penyerang tempatan, Asnan Awal Hisham, di bahagian serangan UiTM FC.

Pelbagai umpanan dan gerakan menarik dicetuskan dan ia tampak berhasil apabila Donghyun melakukan satu lencongan cantik untuk gol pertama perlawanan dalam pertemuan itu.

Ia bagai pencetus inspirasi buat rakan sepasukan untuk semakin bernafsu menambah jaringan seterusnya.

"Kami telah berlatih dengan keras, jadi kami meraih keputusan yang selayaknya. Saya percaya ramai tidak menjangka kami mampu meraih kemenangan besar ke atas Terengganu. Tapi kami percaya kepada kemampuan kami dan menunjukkan hasil latihan kami di atas padang," kata Donghyun.

Rakan sepasukan, Akanni, juga cemerlang dalam pertemuan itu. Ketajamannya di depan gawang terserlah apabila bijak mencari ruang untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Mohd Suffian Rahman, sebanyak dua kali.

Akanni kini merupakan antara penjaring terbanyak setakat ini dalam saingan Liga Perdana 2017 apabila mengumpul keseluruhan tujuh gol.

"Kerjasama serta keserasian sesama pemain adalah kunci prestasi cemerlang UiTM, bukan mudah untuk menewaskan Terengganu.

"Buat UiTM, kemenangan ini satu pencapaian yang besar buat pasukan," ujar Akanni.

Advertisement

Must Watch Video