Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Selepas 11 tahun, Manchester United kembali hebat! -- Bekas pemain Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

owen.jpg
Dua jaringan Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho memberikan kemenangan pertama Ruben Amorim selaku pengendali baru Manchester United dalam saingan Liga Europa (UEL) di Old Trafford, awal pagi tadi.

Meskipun mendapat tentangan sengit daripada Bodo/Glimt yang berhasil menewaskan Andre Onana sebanyak dua kali, namun semangat juang The Red Devils patut diberi pujian selepas mempamerkan persembahan memukau di hadapan peminat tempatan.

Sebelum ini, tugas pertama Ruben Amorim disekat oleh Ipswich Town yang mengikat permainan 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Noussair Mazraoui bertindak sebagai tunjang penting juara Piala FA musim lalu itu apabila gerakan dan penguasaan bolanya menjadi watak kemenangan Man Utd.

Bekas pemain Liverpool dan legenda England, Michael Owen, meluahkan rasa gembira selepas menyaksikan aksi mengujakan tersebut.

 

"Hampir 11 tahun sejak persaraan Sir Alex Ferguson, akhirnya mereka kembali menemui sentuhan istimewa selain aksi yang hebat!

"Secara tiba-tiba, ia adalah perlawanan yang sangat bagus untuk ditonton.

"Sudah tentu memerlukan penambahbaikan di masa depan tetapi kini mereka merupakan pasukan yang paling berpotensi untuk melangkah jauh," katanya menerusi X.

Advertisement

Must Watch Video