Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Munir beri Sevilla kelebihan tipis ke atas West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

munir-el-haddadi_74blplrn4r5d1sycwr0g2wthp.jpg
Sevilla memperoleh kelebihan tipis dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa menentang West Ham selepas menang 1-0 di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.

Jaringan cemerlang separuh masa kedua daripada Munir El Haddadi cukup untuk memberikan kelab LaLiga itu kemenangan, pasukan pelawat turut memiliki peluang mencipta gol.

Munir hadir ke dalam pasukan selepas Ivan Rakitic mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan, dan bintang Maghribi itu bertindak sebagai pemain utama dalam memastika kelebihan memihak pasukannya.

Pengurus West Ham, David Moyes, mungkin dapat berpuas hati dengan persembahan pasukannya beraksi di Sepanyol selepas hanya ketinggalan defisit satu jaringan, ketika mereka mengintai peluang untuk bangkit dalam pertemuan di Stadium London minggu depan.
 

Advertisement

Must Watch Video