Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Joshua Zirkzee buat Man Utd makin tempang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zirkee.jpg
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mengesahkan Joshua Zirkzee akan terlepas baki musim ini gara-gara kecederaan hamstring.

Zirkzee digantikan oleh Rasmus Hojlund pada awal separuh masa kedua dalam kekalahan 1-4 di Newcastle United, hujung minggu lalu. 

Pemain berusia 23 tahun itu bergelut untuk mencapai prestasi sebenarnya sejak tiba dari Bologna dalam pramusim yang menyaksikan sekadar menyumbangkan tiga gol dalam 32 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dan hanya Fernandes (12) yang menyumbangkan lebih banyak gol buat United berbanding enam gol Zirkzee sejak Amorim mengambil alih tampuk pengurusan pada November tahun lalu, namun 16 daripadanya dari bangku simpanan.



Begitupun, menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Europa United menentang Lyon, awal pagi esok, Amorim mengesahkan The Red Devils harus beraksi tanpa pemain Belanda itu hingga 2025-26 tamat. 

"Joshua terkeluar untuk musim ini. Dia tidak akan bermain lagi musim ini, kami mahu mempersiapkannya untuk musim seterusnya," katanya.

"Ia sukar untuknya, lebih-lebih dalam tempoh pada masa ini. 

"Dia meningkat dalam segala aspek dan adalah sukar untuk mana-mana pemain berhenti."

Advertisement

Must Watch Video