WEST HAM UNITED 1 OLYMPIAKOS 0
Gol tunggal Lucas Paqueta memastikan kempen West Ham dalam Liga Europa (UEL) kembali ke landasan tepat dengan menewaskan Olympiakos 1-0 di Stadium London awal pagi tadi.
Pemain tengah Brazil itu melepaskan percubaan voli yang menggegarkan jaring dalam babak kedua untuk memastikan The Hammers kekal di tangga teratas Kumpulan A dan menghampiri kelayakan ke pusingan kalah mati berbaki dua perlawanan.
Kemenangan itu juga melunaskan misi balas dendam buat West Ham selepas tewas 1-2 kepada lawan dari Greece itu di gelanggang mereka dua minggu lalu.
Jarrod Bowen melakukan hantaran yang menemui James Ward-Prowse sebelum bekas pemain Southampton itu melambungkan bola untuk dirembat masuk Paqueta pada minit ke-73.