Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Barcelona ketepikan Dani Alves, senaraikan Dembele

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alves.jpg
Barcelona mengesahkan bahawa Dani Alves tidak tersenarai dalam skuad mereka bagi menghadapi saingan Liga Europa (UEL).

Pemain veteran Brazil itu, yang menyertai semula Blaugrana pada November lalu, akhirnya tersenarai untuk saingan LaLiga pada awal bulan lalu tetapi tidak akan mewakili kelab itu dalam kempen peringkat Eropah.

Alves turut disertai Ferran Torres, Adama Traore dan Pierre-Emerick Aubameyang sebagai pemain baru Barca tahun ini tetapi hanya tiga pemain itu tersenarai dalam skuad bagi saingan UEL.

Ini kerana undang-undang Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) hanya memperuntukkan tiga pemain baru untuk disenaraikan dalam skuad bagi saingan Eropah selepas jendela perpindahan Januari.

Dengan Barca mempunyai lebih tiga pemain baru, Alves, 38, menjadi pilihan untuk diketepikan daripada senarai itu.
 
Dalam pada itu, Ousmane Dembele masih tersenarai dalam skuad UEL Barca biarpun isu kontraknya menimbulkan ketegangan di kelab itu sepanjang beberapa minggu lalu.

Presiden Barca, Joan Laporta, tanpa berselindung berkata situasi tegang di antara Dembele dan kelab itu akan menyukarkannya untuk disenaraikan beraksi tetapi ia terpulang kepada budi bicara ketua jurulatih, Xavi.

Barca akan menentang Napoli bagi perlawanan playoff kalah mati UEL, di mana mereka akan bertindak selaku tuan rumah pada 17 Februari ini sebelum bertandang ke Naples seminggu kemudian.
 

Advertisement

Must Watch Video