Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Amorim baik hati taja kakitangan Manchester United ke Bilbao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Ruben Amorim akan membiayai tambang 30 kakitangan Manchester United serta membawa keluarga mereka ke menyaksikan perlawanan akhir Liga Europa di Bilbao, Sepanyol, minggu depan. 

Barisan jurulatih, fisio dan pasukan sokongannya perlu membayar tiket mereka sendiri memandangkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak akan menampung tiket dan pengangkutan berikutan pendekatan pengurangan kos ketika ini yang menyaksikan 200 orang hilang pekerjaan. 

United akan menentang Tottenham Hotspur di Bilbao pada Khamis depan dan kejayaan merangkul trofi Liga Europa akan menjamin tiket ke Liga Juara-Juara (UCL pada musim depan.

The Red Devils mengambil 15,000 tiket yang diperuntukkan sempena debaran di Estadio San Mames demgam pemain hanya diperuntukkan dua tiket setiap seorang tidak termasuk kos perjalanan. 

Namun, Amorim, yang turut membawa beberapa anggota kakitangan Sporting CP ke Old Trafford ketika dilantik November lalu sedia mengeluarkan duit daripada poketnya sendiri sebagai ganjaran dan pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen pegawai yang bergaji rendah sepanjang enam bulan sukar di kelab itu.

Finalis UCL, Paris Saint-Germain (PSG) sebaliknya pada minggu lalu mengesahkan bahawa mereka akan membiayai 600 kakitangannya ketika bertemu Inter Milan di Munich pada 1 Jun depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video