BOLA SEPAK
UECL: Mourinho intai penamat gemilang Roma musim ini
Jose Mourinho berkata perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah (UECL) adalah mengenai 'menyelesaikan perjalanan' musim ini tatkala pasukannya dari Roma bersedia untuk menentang Feyenoord, awal pagi esok.
Giallorossi menewaskan Leicester City dalam separuh akhir dan menduduki tempat keenam Serie A musim ini untuk layak ke Liga Europa musim depan.
Baru-baru ini, Mourinho menegaskan bahawa memenangi UECL akan membawa makna sebesar gelaran Liga Juara-Juara yang pernah dirangkulnya bersama Porto dan Inter.
Iklan
Perlawanan dengan seteru dari Belanda itu akan berlangsung di Arena Kombetare di Tirana, Albania, dan bercakap dalam sidang media malam tadi, Mourinho berkata memenangi edisi pertama pertandingan berkenaan adalah sasaran utama pasukannya.
“Bagi saya final ini bukan tentang melakar sejarah,” katanya.
“Ia mengenai menamatkan perjalanan yang telah kami lalui musim ini dan mencapai salah satu sasaran kami.
4 - José Mourinho is the first manager to reach the final of a major European competition with four different clubs, having done so with Porto (UEFA Cup & Champions League), Inter (Champions League), Man Utd (Europa League) and now Roma (Europa Conference League). Special. pic.twitter.com/fTRYaCVA6k— OptaJoe (@OptaJoe) May 5, 2022
"Saya dan kakitangan saya telah berada di Trigoria sejak bertemu Torino bagi membuat persediaan untuk perlawanan ini. Skuad kelihatan dalam keadaan baik bagi saya, sudah bersedia untuk (cabaran) ini."
Pemain tengah menyerang, Henrikh Mkhitaryan, tidak beraksi sejak ditimpa kecederaan otot ketika menentang Leicester bulan lalu, sebaliknya Mourinho mendedahkan tonggak dari Armenia itu sedia diturunkan.
"Mkhitaryan berlatih bersama skuad buat kali pertama pada hari ini. Tetapi ia hanya sesi ringan," katanya.
"Namun, adalah penting untuknya menilai setakat mana perasaannya di luar sana, di atas padang. Saya perlu banyak bergantung kepada pandangannya bagi menentukan adakah dia bersedia atau tidak esok."
Must-Watch Video