Skip to main content

Bola Sepak

UECL: Malang berganda buat Fiorentina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fiorentino.jpg
Olympiacos 1 Fiorentina 0

Finalis Liga Persidangan Eropah (UECL), ACF Fiorentina, terpaksa menerima hakikat bahawa mereka gagal menjulang trofi berkenaan selama dua musim berturut-turt.


Pada edisi lepas, mereka dikalahkan di pentas akhir kejohanan UECL oleh pencabar daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United selepas penyerang, Jarrod Bowen, menghadiahkan gol kemenangan di minit akhir permainan.
 
Kini, kelab dari Serie A itu menerima nasib yang sama apabila terlepas peluang bergelar juara selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut bertemu  Olympiacos, awal pagi tadi. 

Pemain Maghribi, Ayoub El Kaabi, membuat peminat setia Fiorentina berputih masa sekali lagi susulan jaringan minit akhir aksi penting itu untuk membawa pulang trofi berprestij ke bumi Greece buat kali pertama dalam sejarah.

Advertisement

Must Watch Video