Pilihan utama Liga Conference Europa, Chelsea berjaya membawa bekalan selesa dalam saingan 16 terbaik menentang Copenhagen dengan kemenangan tipis 2-1 di Parken awal pagi tadi.
Menerusi jaringan babak kedua daripada Reece James dan Enzo Fernandez sudah memadai untuk meraih kemenangan ke atas Copenhagen.
Sebelum itu, Copenhagen memulakan aksi dengan baik selepas Robert Sanchez cemerlang menafikan Elias Achouri di empat minit yang pertama.
Namun, permainan nampak perlahan selepas Chelsea gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat di babak pertama.
Bagaimanapun, Chelsea mula menunjukkan taring mengawal perlawanan menerusi tendangan James yang menemui kedudukan Marc Cucurella terus meledak sepakan jarak jauh yang tersasar melepasi gawang Copenhagen 56 saat selepas wisel babak kedua dibunyikan.
Walaupun pada perlawanan ini Chelsea mendominasi penguasaan bola sebanyak 62.4 peratus, pengendali Chelsea, Enzo Maresca optimis memperbaiki prestasi pasukan menjelang aksi seterusnya minggu hadapan.