Skip to main content

Bola Sepak

UCL TERKINI: Liverpool tersingkir di tangan PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-lagi-lagi.jpg
Kegagalan Darwin Nunez dan Curtis Jones melengkapkan sepakan penalti menyaksikan Liverpool tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Paris Saint-Germain, sebentar tadi.

Liverpool kembali ke Anfield berbekalkan satu jaringan yang diperoleh dalam aksi pertama di Parc des Princes, namun kelebihan itu hanyalah bersifat sementara apabila PSG memecah kebuntuan seawal minit ke-12 menerusi Ousmane Dembele
   
Perlawanan kekal dengan kedudukan 1-0 sehingga tamat 120 minit waktu permainan. 

Gianluigi Donnarumma membuktikan kualitinya menafikan sepakan penalti menjadi tunjang kemenangan PSG di tempat lawan apabila menafikan sepakan Nunez dan Jones sekaligus menutup perjalanan Liverpool menjulang tiga gelaran musim ini.

Advertisement

Must Watch Video