Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Tangisan Mo Salah, lambaian terakhir di pentas Eropah?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mo-salah-crt.jpg
Mo Salah gagal menahan air mata selepas Liverpool tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) menerusi penentuan penalti di tangan Paris Saint-Germain awal pagi tadi.

Mendahului 1-0 secara agregat hasil kemenangan dalam perlawanan di Paris, The Reds diheret ke masa kecederaan hasil gol tunggal perlawanan yang disempurnakan oleh Ousmane Dembele seawal minit ke-12.

Kedua-dua pasukan gagal mendapat gol sehingga tamat 120 minit waktu permainan, dengan sepakan penalti menjadi penentu pasukan mana bakal membawa cabaran ke suku akhir.

Selepas Curtis Jones dan Darwin Nunez gagal menyempurnakan jaringan dari 12 ela buat skuad kendalian Arne Slot, The Parisians bersorak riang bagai sudah mengetahui siapa bakal menjadi pemenang.

Berikutan penyingkiran The Reds, Salah gagal mengawal emosi sehingga mengalirkan air mata selepas tamat permainan.
 

Reaksi Salah itu berpotensi sebagai perjalanan terakhirnya untuk menjulang UCL bersama Liverpool, selepas kali terakhirnya melakukannya pada 2019.

Dengan pemain kebangsaan Mesir itu masih belum menandatangani kontrak baharu, terdapat khabar angin dia bakal berhijrah pada penghujung musim ini.

Rakan sepasukan, Virgil van Dijk daTrent Alexander-Arnold turut masih belum menandatangani kontrak baharu -- dengan perjanjian semasa kedua-dua pemain itu bakal berakhir musim panas ini.

Liverpool kembali beraksi berdepan Newcastle United dalam final Piala Liga di Wembley Ahad ini, menjadi peluang mereka mendakap gelaran pertama musim ini.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video