UCL
UCL: Sommer puas hati dapat sekat Lamine Yamal
Penjaga gol dari Switzerland, Yann Sommer, muncul salah seorang pemain terbaik Inter Milan dalam kemenangan dramatik ke atas Barcelon untuk memastikan tempat mereka ke final Liga Juara-Juara (UCL).
Sommer -- yang bukan sebahagian daripada skuad itu yang menyaksikan Andre Onana mengawal gawang ketika tumpas dalam perlawanan akhir 2023 menentang Manchester City -- pantas memuji kekuatan mental pasukannya.
Menurutnya, detik dia menghalang pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, menjadi detik paling istimewanya dalam aksi separuh akhir di tempat sendiri pada awal pagi tadi.
Iklan
"Saya sangat gembira, ia adalah perlawanan yang luar biasa. Pasukan melakukan sesuatu yang menakjubkan malam ini," katanya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Prestasinya di depan gawang cukup penting terutama pada minit akhir masa tambahan.
"Menepis percubaan terakhir daripada Lamine adalah satu yang benar-benar istimewa.
Deserved 🧱 pic.twitter.com/KZkyBGX0mn— B/R Football (@brfootball) May 6, 2025
"Dia merupakan pemain yang sangat berbakat, sentiasa cuba menyusup ke dalam dan merembat.
"Saya gembira bahawa percubaan itu tidak masuk," kata penjaga gol Switzerland itu.
Must-Watch Video