Luis Enrique memberi amaran kepada Liverpool bahawa Paris Saint-Germain (PSG) sedia meranapkan impian tuan rumah di Anfield, Rabu depan.
PSG dikecewakan ketika melayani The Reds di laman sendiri minggu lalu apabila gol tunggal lewat perlawanan daripada Harvey Elliott dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).
Namun, Enrique percaya anak buahnya sudah melupakan kekecewaan lalu dan bersedia untuk berjuang semula.
Dia berkata melalui Culture PSG: "Apa yang ajaib dan mengagumkan tentang bola sepak ialah ia tidak dapat diramalkan. Jika pasukan yang beraksi hebat atau yang mempunyai bajet terbesar sentiasa menang, ia akan menjadi sangat membosankan. Bola sepak mempunyai kejutan yang menanti dan memang benar bahawa kami sangat sedih dan kecewa dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan.
“Tetapi sebaik kami menganalisis perlawanan, memantau pemain dalam latihan dan melihat keputusan perlawanan sukar menentang Rennes dalam permulaan separuh masa kedua hari ini, saya fikir kami telah bertindak balas dengan sangat serius dan itu jelas memberi kami harapan.
"Saya ulangi: kita tidak akan rugi, semuanya sudah terlepas, ia akan menjadikan kami lebih berbahaya daripada kebiasaan.
"Perlawanan pertama tidak memberi kami pilihan: kami perlu menang, itulah objektifnya.
"Tiada apa yang akan berubah berbanding perlawanan lain, kami bermain untuk menang tetapi itulah objektifnya."