Paris Saint-Germain (UCL) akan menjadi halangan yang lebih sukar buat Arsenal apabila kedua-dua kelab bertembung dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, (UCL) menurut pengurus gergasi Ligue 1 itu, Luis Enrique, yang sebelum ini pernah berentap di peringkat awal musim ini.
Kelab Perancis itu akan bertandang ke Stadium Emirates buat kali kedua musim ini untuk pertemuan pertama peringkat kalah mati itu, awal pagi esok, setelah jaringan Kai Havertz dan Bukayo Saka menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada The Gunners dalam fasa liga pada Oktober tahun lalu.
Sejak perlawanan itu, PSG telah menjuarai Ligue 1, mara ke final Coupe de France selain menyingkirkan Liverpool dan Aston Villa dalam kancah Eropah.
Justeru, Luis Enrique dalam sidang media pra-perlawanan yakin bahawa keupayaan anak buahnya telah meningkat.
"Ia berlaku tujuh atau lapan bulan lalu. Saya telah menontonnya sekali lagi. Kami kini sebuah pasukan yang lebih baik," katanya.
"Kami sudah mengharungi fasa peringkat kumpulan yang sangat sengit, banyak perlawanan yang mungkin menjadi final.
"Jadi saya fikir ia menyukarkan keadaan memandangkan ia meletakkan kami di kedudukan yang sukar, namun ia juga menjadikan kami lebih mantap dan lebih lengkap.
"Ini adalah aksi separuh akhir UCL dengan dua perlawanan akan diadakan di antara dua buah pasukan yang mempunyai matlamat serupa.
"Kuncinya ialah menguruskan tekanan."

From Paris to London! ?#ARSPSG I @ChampionsLeague pic.twitter.com/4zPvr3jxSI
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 28, 2025