Skip to main content

Bola Sepak

UCL: PSG mula pasang impian kejuaraan treble

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg.jpg
Prestasi Paris Saint-Germain (PSG) telah "berkembang begitu banyak" sepanjang kempen ini, demikian kata Luis Enrique.

PSG bakal menerima kunjungan Arsenal pada awal pagi esok sempena perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbekalkan kelebihan 1-0 daripada pertemuan pertama minggu lalu. 

Walaupun kehilangan Kylian Mbappe secara percuma ke Real Madrid tahun lalu, PSG tetap merangkul kejuaraan Ligue 1 dengan mengharungi rekod kelab 30 perlawanan tanpa kalah, malah berpeluang memenangi kejuaraan 'treble' musim ini.

Justeru, pengurus tersebut teruja dengan kemajuan yang ditonjolkan gergasi liga Perancis itu.

 
“Musim ini kami telah berkembang begitu banyak sebagai sebuah pasukan,” katanya.

"Anda perlu bersedia untuk sebarang senario dan memberikan perhatian dari awal hingga wisel penamat. 

"Sasaran untuk tahun-tahun akan datang adalah untuk terus menambah baik proses ini."


 

Advertisement

Must Watch Video