Rekod kalah The Citizens berlanjutan selepas ditewaskan Tottenham 0-4 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menyaksikan Guardiola meraih keputusan lima kali tewas berturut-turut pertama sepanjang karier pengurusannya.
Kempen mereka dilihat terjejas selepas kecederaan dialami pemenang perancang utama pasukan serta pemenang Ballon d'Or 2024, Rodri, dengan kehilangan tonggak pertahanan utama Ruben Dian.
Untuk rekod, jurulatih berusia 53 tahun itu telah menandatangan lanjutan kontrak selama dua tahun minggu lalu.
Next up ?️ pic.twitter.com/IC03JAlSS8
— Manchester City (@ManCity) November 24, 2024
"Sangat sukar untuk mempertahankan kejayaan yang kami miliki, kerana itu saya sangat tenang. Itulah sebab mengapa saya mahukan komitmen, komitmen, komitmen dan komitmen.
"Menjadi diri sendiri tidak mencukupi, kita perlu tunjukkan komitmen pada setiap hari.
"Hanya kerana kelab ini telah meraih kemenangan banyak kali untuk tempoh bertahun-tahun. Saya fikir dalam situasi ini, kami perlu lihat pada prinsip kami kembali yang kurang berubah berbanding sebelum ini.
#UCL preparations ?? pic.twitter.com/LRv1IAQ2I7
— Manchester City (@ManCity) November 25, 2024
"Kami mencipta banyak peluang. Kami tidak memenangi perlawanan. Kami perlu melihat ke belakang kerana pertahanan tengah pertama kami tidak ada. Rodri juga tiada." katanya.