BAYERN 1 MAN CITY 1
(Man City mara berdasarkan agregat 4-1)
Pep Guardiola berasa Manchester City yang dibayangi kepenatan menunjukkan kematangan mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) apabila mengetepikan Bayern Munich dengan agregat 4-1 untuk ke separuh akhir.
Lapan hari selepas memenangi perlawanan pertama 3-0 di Stadium Etihad, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu diikat 1-1 di Allianz Arena, sebentar tadi, untuk menempah pertemuan dengan penyandang gelaran, Real Madrid.
Erling Haaland yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam separuh masa pertama menebus kehampaan itu dengan gol ke-48 peribadinya musim ini untuk memecah kebuntuan selepas rehat.
Joshua Kimmich menafikan kemenangan ke-11 berturut-turut City pada lewat permainan selepas dianugerahkan sepakan penalti selepas bola dikesan terkena tangan Manuel Akanji.
City sedang memburu tiga kejuaraan termasuk UCL, EPL dan Piala FA dengan kejayaan lolos ke separuh akhir kancah benua itu buat kali ketiga berturut-turut.

Guardiola -- yang membimbing juara bertahan EPL berkenaan buat kali ke-400 ketika menentang bekas majikannya itu -- berasakan pengalaman telah membantu mereka.
Dia memberitahu BT Sport: "Kami bergelut dalam babak pertama. Dayot Upamecano mematahkan semua gerakan di bahagian kiri dan kami bergelut dengan Kingsley Coman.
“Kami bernasib baik sebelum mensia-siakan sepakan penalti, mereka mempunyai satu atau dua peluang dan apa sahaja boleh berlaku ketika itu tetapi kami bertahan dengan sangat baik.
"Penyudah daripada Erling cukup menarik. Dia masih begitu muda. Pengalaman yang kami ada dalam pertandingan ini, pemain boleh berasakannya, mereka mahu melakukannya dengan sangat baik.
"Prestasi kami jauh lebih baik sebaik separuh masa kedua bersambung."