LIVERPOOL 2 LILLE 1

Harvey Elliott menekankan kepentingan pemain di bangku simpanan apabila muncul wira kemenangan Liverppol ketika mengatasi Lille 2-1, awal pagi tadi.


Pertemuan Liga Juara-Juara di Anfield itu seimbang 1-1 selepas jaringan Mohamed Salah dalam babak pertama sebelum Jonathan David memberikan pelawat gol penyamaan.

"Bagi saya secara peribadi, tiada apa yang belum saya lakukan sejak setengah musim lalu.




"Jadi, saya sudah biasa dengannya,” kata Elliott kepada Liverpoolfc.com selepas perlawanan.

"Bukan saya sahaja, pemain lain juga -- kami semua bersedia untuk beraksi dan membantu pasukan. Permainan ini adalah tentang kami sebagai skuad, bukan individu, bukan kesebelasan utama.

"Semua pemain akan digunakan pada satu ketika dan kami hanya perlu memastikan dalam keadaan bersedia, berusaha di gelanggang latihan, supaya apabila kami dipanggil –- bukan sahaja saya malah pemain lain juga memberi kesan dalam beberapa minggu yang lalu -– kami boleh dimasukkan dan membantu sebagai sebuah pasukan dan membantu memenangi permainan, itu yang paling penting.

"Saya fikir semua pemain yang dipanggil, mereka telah membuktikannya."