Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

UCL: Mendiang Bobby Charlton jadi azimat Man Utd hadapi misi wajib menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erik-ten-hag.jpg
Erik ten Hag mengingatkan barisan pemain Manchester United bahawa mereka perlu menyalurkan emosi mereka berikutan kematian pemain hebat kelab Sir Bobby Charlton apabila turun dalam misi wajib menang ketika menerima kunjungan Copenhagen dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok. 

United sedang berkabung selepas wira Piala Dunia buat England itu meninggal dunia kelmarin pada usia 86 tahun dan Ten Hag memulakan sidang akhbar semalam dengan mengetuai upacara bertafakur selama seminit di gelanggang latihan kelab, Carrington.

Ten Hag menyatakan Charlton menjadi inspirasi buat pemainnya dalam kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United di tempat lawan, kelmarin, menerusi jaringan kemenangan lewat Diogo Dalot, namun pertemuan esok akan menjadi perlawanan pertama United di tempat sendiri sejak kematian Charlton dan menjadi peluang untuk mereka memberikan penghormatan -- baik di dalam mahupun luar padang.

 
“Tuan Bobby adalah seorang legenda, bukan sahaja untuk Manchester United malah bola sepak,” kata Ten Hag.

“Legasi yang ditinggalkannya menerusi standard yang tinggi adalah satu elemen yang kami perlu pamerkan setiap hari. Sudah tentu perkara pertama sekali dalam fikiran kami adalah mengenai keluarganya, isteri, anak-anak dan cucu-cucunya.

“Ia menggambarkan betapa beertinya mendiang untuk Manchester United. Berdasarkan piawaian yang ditetapkannya, kami perlu menonjolkannya dan dalam beberapa hari terakhir ia semakin ditekankan.

“Kami merupakan pemain profesional dan ia sebahagian daripada tugasan kami tetapi kami tidak boleh menyekat emosi. Kami perlu menggunakan emosi dengan cara yang betul.”

United sememangnya memerlukan kemenangan selepas memulakan kempen Kumpulan A dengan kekalahan kepada Bayern Munich dan Galatasaray, kali pertama mereka memulakan kempen Eropah dengan kekalahan berturut-turut.

“Kami perlu memenangi setiap perlawanan,” katanya lagi. 

“Berpandukan barisan pemain ini, jika mereka kalah dalam dua perlawanan terawal maka anda semestinya perlu menang.”

Advertisement

Must Watch Video