UCL
UCL: Mbappe cedera menjelang aksi Real Madrid-PSG
Kylian Mbappe mengalami kecederaan dalam sesi latihan Paris Saint-Germain (PSG) hari ini tetapi kelab berkenaan mengesahkan bahawa prognosis awal menunjukkan tanda-tanda positif.
Mbappe tidak diturunkan sewaktu perlawanan menentang Nice hujung minggu lalu berikutan penggantungan peringkat domestik tetapi diharapkan dapat memainkan peranan penting ketika PSG menghadapi Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis ini.
Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol tunggal buat pasukannya dalam aksi pertama di laman sendiri untuk PSG membawa kelebihan 1-0 menjelang aksi timbal balik di Santiago Bernabeu hujung minggu ini.
Iklan
Bagaimanapun, terdapat laporan terbaru mendakwa Mbappe mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan berpotensi tidak dapat diturunkan dalam perlawanan penting itu.
PSG kemudian mengesahkan dakwaan berkenaan sambil menambah, hasil ujian awal mendapati kecederaan pemain itu tidak membimbangkan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
?️? The schedule for this week?? @realmadrid [9th] - 9pm (CET)⚡️? @girondins [13th] - 1pm (CET)?? #AllezParis— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 7, 2022
Must-Watch Video