Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Liverpool mahu singkir PSG dengan bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arne-slot.jpg
Arne Slot menegaskan bahawa Liverpool akan berusaha untuk mencapai kemenangan berbanding hanya mempertahankan kelebihan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) sempena pertemuan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok. 

Jaringan Harvey Elliott pada minit ke-87 memastikan kemenangan perlawanan pertama di Parc des Princes memihak The Reds biarpun PSG mendominasi sepanjang perlawanan. 

Dan selepas tewas dalam pertemuan pertama mereka dengan kelab Paris itu pada April 1997 (0-3 dalam separuh akhir pertama Piala Winners' Cup), Liverpool hanya kalah sekali sepanjang empat pertemuan mereka sejak itu dengan memenangi tiga daripadanya.

Dan Slot berkata pemainnya memburu satu lagi kemenangan ke atas wakil Perancis itu untuk mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2021-22.

"Kami cuba memenangi setiap perlawanan," kata pengurus Liverpool itu kepada pemberita.



"Kami mahukan perlawanan yang berbeza (berbanding minggu lalu) dan sasaran kami adalah sama. 

"Kami tidak mahu seri. Kami mahukan bola semampu kami."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video