UCL
UCL: Layak ke pusingan 16, Liverpool guna pelan B
Liverpool akan menggunakan pendekatan berbeza apabila bakal merehatkan majoriti pemain utama menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika sedang mendahului kedudukan di tempat pertama.
Virgil Van Dijk, Mohamed Salah, Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Ibrahima Konate, Ryan Gravenberch, Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Luis Diaz dijangka tersisih daripada bertemu PSV Eindhoven, awal pagi esok.
Kecemerlangan The Reds dalam kempen utama seperti melayakkan diri ke pusingan 16 UCL dan masih membawa cabaran dalam Piala FA dan Piala Liga Inggeris (EFL) dilihat perlu merehatkan beberapa tonggak penting ekoran bakal menghadapi lebih banyak aksi sengit pada masa akan datang, musim ini.
Iklan
"Saya fikir kami bermain banyak perlawanan seperti semua pasukan di Eropah, jadi saya memilih untuk menurunkan kesebelasan utama yang berlainan esok.
“Jika diikutkan kepada pola, hampir lima minggu sekali kami akan merehatkan pemain untuk mengekalkan tahap kecerdasan mereka.
Arne Slot insisted we will be doing everything to win at PSV, as he explained the rationale for naming a rotated squad for tomorrow’s #UCL tie ⤵️— Liverpool FC (@LFC) January 28, 2025
"Saya mahu setiap pemain mendapatkan semula kesegaran ketika sedang direhatkan," kata ketua jurulatih, Arne Slot.
Walaupun Liverpool telah memenangi kesemua tujuh perlawanan di Eropah, mereka masih boleh dipintas oleh Barcelona jika tewas di tangan wakil kelab Jerman itu.
"Saya mengambil sedikit masa untuk memahami format baharu ini, tetapi sekarang saya boleh katakan saya 100 peratus pasti bahawa ia tidak penting sama sekali jika kami berakhir di tempat pertama atau kedua.
“Jadi ini adalah permainan untuk kami, kerana kami kini nombor satu, atau dua, kami tidak boleh jatuh ke nombor tiga.
"Tetapi seorang lelaki yang sangat bijak pernah berkata kepada saya, saya tidak pernah melihat sesuatu yang baik datang daripada kekalahan dalam perlawanan bola sepak," tambahnya.
PSV berada di tangga ke-19 dengan 11 mata, sambil mahu mara ke playoff dengan meraih kemenangan ke atas Liverpool.
Must-Watch Video